Setiap orang yang beriman sentiasa menanti-nanti saat malam 10 akhir Ramadhan kerana padanya terdapat satu malam yang utama yang dinamakan “Malam al-Qadar”. Malam tersebut sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dan RasulNya sebagai malam:
1) Allah turunkan padanya al-Quran (Surah al-Qadar: 1)
2) Beribadat padanya lebih baik daripada beribadat seribu bulan (Surah al-Qadar: 3)
3) Turun padanya para
malaikat dan Jibril ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan
urusan taqdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang (Surah
al-Qadar: 4, dan Surah ad-Dukhaa-n: 4,5)
4) Dipenuhi dan diliputi kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar: 5)
5) Sesiapa yang
beribadat padanya dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan
baik/pahala dari Allah maka diampun baginya dosa-dosanya yang telah lalu
(Riwayat al-Bukhari: 2014, Muslim: 760)
6) Terjadi pada malam yang ganjil (Riwayat al-Bukhari: 2018, Muslim: 1167)
Didalam usaha mencari Lailatul
Qadar ini banyak khurafat, pegangan yang menyeleweng dan dogengan palsu
yang tersebar didalam kitab-kitab dan cerita-cerita tentang alamat/tanda
malam tersebut seperti pokok bersujud, air laut menjadi tawar, anjing
tidak menyalak dan lain-lain lagi. Lebih dahsyat lagi di zaman kita ini
tanda-tanda dongeng ini disebarkan oleh agamawan-agamawan yang tidak
berdiri diatas disiplin ilmu yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
melalui media cetak dan elektronik. Dengan itu ia terus berkembang den
tersebar sepanjang tahun apabila munculnya bulan Ramadhan.
Adalah mustahil malam yamg begitu
besar kedudukan dan keutamaan ini tidak dijelaskan tanda-tandanya oleh
Allah dan Rasul sehinggakan para agamawan boleh mencipta tanda-tandanya.
Apa yang pasti Rasulullah SAW telah menjelaskan tanda-tanda malam
tersebut di dalam hadith-hadith berikut:
Pertama: Hadith riwayat
at-Thobaraa-ni (Jilid 22/mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi’ (5472),
ad-Dho’iefah (4404) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Lailatul Qadar malamnya terang,
tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda
keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.
Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:
1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)
2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk
3) Tiada lontaran tahi bintang di langit
4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan
Kedua: Hadith riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Lailatul Qadar malamnya rasa
seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya
matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.
Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:
5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi
Demikian tanda-tanda yang
dinyatakan oleh Rasulullah SAW untuk mengenali Lailatul Qadar.
Semestinya setiap ummat meninggalkan dogengan para agamawan yang
mencipta dan menokok tambah sesuatu yang tidak ada asalnya di dalam
Agama yang diturunkan oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT memasukkan
kita ke dalam golongan orang-orang yang mencintai dan menghidupkan
sunnah RasulNya SAW.
Evolutions Backlinks ™
URL |
Code For Forum |
HTML Code |